Search This Blog

Saturday 10 September 2011

Pencarian syiling

Semangat untuk memiliki sying yang rare dan hangat di pasaran membuatkan aku terus berusaha memburu syiling dimana2, xkira sesiapa yg kutemui pasti akan kutanyakan mengenai syiling.....kedua orang tuaku, ibu mertua, isteri, abg, kakak dan adik seringkali kuajukan soalan yg sama,tiap2 hari asal bertemu...sehingga adikku menggelarkan aku " Abg Syiling "...heheheheh...janji dpt syiling...
       Keangauan aku mengumpul duit syiling berterusan dan jumaat lalu aku ke bank Islam untuk mendapatkan syiling dan alhamdulillah aku berhasil mendapatkan syiling sebanyak RM111.80 ( bank pun ada byk tu ja )hehehe....maka kerja2 membelek2 duit syiling pn bermula..aku mula mencari tahun2 yang dianggap susah nak dapat ( rare ) dan hasilnya aku menemui duit 10 sen tahun 1994 sekeping dan 2003 4 keping..fuhhhh lega..dapat jgk thun 1994...tp sygnya duit 20 sen ngan 50 sen xdapat pn tahun yg rare mahupun extra dot apatah lagi error.....tp di celah2 kekecewaan itu aku melonjak gembira krn aku dapat syiling 10 sen tahun 1990 yg ada dot ditengah2 nmbor 9 pd 90...aku pn xtau extra dot ka atau extra metal....harap mahaguru,sifu2 atau otai2 bleh bantu....ana bdk baru belajar...tlong perbetulkan..hehehe
                                              ni la duit yg aku tkq kt bank...RM111.80...

Pd mlm tu plak,aku check sekali lagi mana la tau kot2 ada yg terlepas pndang...tp kali ni aku lebih fokuskan pd error coins, extra dot atau extra metal atau yg sewaktu dengannya...pencarian bermula pada pkul 1.30 pagi ( lewat sbb p main badminton dulu..hehehe ) dan berakhir jam 3.30 pagi...alhamdulillah berhasil jgk...aku dapat 2 keping..sekeping mcm extra metal ( tlong perbetulkan ) dan sekeping lagi congkak terbalik....nak tau lebih lanjut rujuk brother congkak,aku pn byk bca blog yg dia punya...InsyaAllah nanti aku akan uploadkan syiling2 yg aku dapat tu....wassalam... 

Thursday 8 September 2011

Assalamualaikum w.b.t...........Selamat Datang Rakan-rakan Seperjuangan...

Hari ini bermula satu episod baru dalam hidup....aku baru berkecimpung dalam dunia mengumpul duit2 syiling Malaysia....Alhamdulillah, dengan bantuan isteri tersayang dapat jugak aku buat blog yang ntah hapa hapa ni...hehehehe....Sepencarian aku dlm duit2 syiling ni byk jgk yg aku dpt...xkira yg rare ka dak,yg pnting smpn duluuuuu....

emmmm..jd aku bdk yg tersgt2 baru dalam bidang ni,dgn rendah dirinya aku memohon tunjuk ajar drpd otai2 atau yg sewktu dgnnya.....InsyaAllah nnti aku akan cuba utk upload syiling2 yg tlh berjaya aku kumpulkan....sekian dulu...